salam..

Powered By Blogger

Forever United!!

Forever United!!

Tun Mahathir.

Hujan-kotak hati..

Thursday, May 6, 2010

Inilah sajak yang paling terbaik dan pesanan daripada TUN MAHATHIR ....


Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.......

Wednesday, May 5, 2010

lol......perjuangan yg tak akan ada jalan penghujungnya,...Memang boleh dikatakan yang mereka adalah yg paling terbaik dalam pimpinan mereka,tapi bukan semua yang menyukai mereka!
Come on saudaraku,bukak mata dengan seluas-luasnya!sapa yg jadi duri dalam daging dalam memartabatkan agama kita!mereka boleh kata perjuangan UMNO berdasarkan bangsa,tapi tidak mereka lihat pulak dari sudut agama !bagaimana UMNO telah memperjuangkan nasib umat islam dalam negara ni!

Fikir...fikir.....fikir......jgn cepat melatahla wei....

Tuesday, May 4, 2010

bukan semua yang kita nak kita boleh dapat...

memang ramai yang masih tak bersyukur dengan nikmat Allah....yup,mereka boleh bergembira dengan apa yang mereka miliki,tapi sikit yang bersyukur.....

mereka tak rasa lagi bagaimana apa bila nikmat bertukar menjadi malapetaka,mereka tak rasa lagi erti kehilangan,mereka tak rasa lagi perasaan bila jatuh ditimpa tangga,mereka tak rasa lagi kesusahan ,mereka tak rasa lagi kesedihan, mereka tak rasa lagi apa itu dugaan,mereka tak rasa lagi apa itu kepayahan,mereka tak rasa lagi apa itu diskriminasi,mereka tak rasa lagi semuanya......

happy?itu satu kebahagiaan,.....percayalah pada takdir.....percayalah pada qada dan qadar.....percayalah pada Allah.....ingat firman Allah...(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. ( Ayat 37 : Surah ar-Ruum )

yakinlah dengannya......

Saturday, August 15, 2009

hendak seribu daya.......

semua boleh jadi kalau ada kesungguhan......aku.engkau.kamu. semua sama jer.........apa yang membezakan kita adalah usaha.........,,woi budak2 asis batch 2008..........korang dah jadi apa skarang ha...???

Thursday, August 13, 2009

ALLAH maha berkuasa......


Tuhan....terimakasih kerana masih menaruh belas meminjamkan nafas ini
SEORANG HAMBA ALLAH,belum pun mencecah usia 30 tahun, berpotensi hebat dalam kerjaya, hanya mengadu sakit sekitar matanya, bila diperiksa doktor, masya-Allah, rupanya tanpa disedari sudah lama kanser bersarang. Tidak sampai dua minggu selepas itu, ajalnya tiba. Itu belum dihitung kes-kes kemalangan maut yang menyambar tanpa sebarang amaran awal.
Sememangnya kita dituntut agar sentiasa bersedia, membuat persiapan secukupnya, bagi menghadapi maut. “Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa; dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal.” (maksud al-Baqarah: 197)
Saidina Ali r.a. ketika ditanya tentang taqwa menjawab: ” Taqwa adalah takut kepada Allah Yang Maha Agung, melaksanakan segala perintah yang diturunkan, reda dengan nikmat yang ada meskipun sedikit dan sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi maut sebelum kedatangannya.”
Soalnya, berapa ramai yang mengambil pengajaran dan iktibar daripada terkaman maut, kecuali dalam tempoh masa yang begitu singkat, untuk kemudiannya melupakan, hinggalah dikejutkan kembali dengan tragedi seterusnya. Ya, sesungguhnya, insan memang mudah alpa dan banyak pula dalehnya.
Benar, sakit merupakan nikmat, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan juga satu “cara” untuk meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian Tuhan itu.
Berapa ramai orang yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerananyawa tidak direntap dengan tiba-tiba, tetapi didahului peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki.
Dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf merubah gaya hidup kita? Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad?
Perhatikan jejak usia yang ditinggalkan. Memang pantas sekali ia beredar. 40 tahun berlalu seolah-olah baru semalam dilepaskan. Masih terbayang-bayang zaman kanak-kanak di kampung.
Lintasan ingatan kian segar di bangku sekolah, guru-guru yang mendidik, kawan-kawan sepermainan, ibu ayah yang menyayangi, nenek dan datuk yang mengambil berat. Satu demi satu adegan kehidupan pahit-manis bersilih ganti.
Dan kerdilnya diri mengenangkan dosa dan maksiat, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan, ya … alangkah kecilnya.
Menginjak dewasa, kesibukan berkeluarga dan berkerjaya sering menjadi hambatan. Banyak yang dikejar umpama fatamorgana, dan kegelisahan menggapai cita-cita sukar diredakan. Segalanya seperti tidak mencukupi.
Dalam keadaan itu, jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat.
Ramai yang bergelut hanya mencari kehidupan untuk diri sendiri. Amat kecil sumbangan untuk orang lain. Walhal sebahagian kebahagiaan adalah apabila kita dapat membahagiakan orang lain, apatah lagi mereka yang memusuhi kita.
Ingatlah, janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Lalu, apa jawab nurani anda jika mengetahui derap langkah kita di dunia ini menghadapi penghujungnya.