salam..

Powered By Blogger

Forever United!!

Forever United!!

Tun Mahathir.

Hujan-kotak hati..

Thursday, September 30, 2010

Muslim Player In BPL:Samir Nasri


Samir Nasri....perghh..sapa yg tak kenal dengan mamat nie....midfielder terbaik pernah dibeli arsenal....Nasri ialah seorang pemain bola sepak france tapi dia miss world cup 2010 sebab x terpilih.....Buat masa nie ,nasri hanya pernah main untuk 2 kelab jer iaitu MARSEILLE n ARSENAL.

Nasri main untuk marseille sejak berumur 9 tahun lagi....mestilah dari akademi dia....dan start main bola sepak secara professional masa umur 17 tahun...gempak gak kan...pada 20 May 2007, Nasri dapat anugerah French Ligue 1 Young Player of the Year[7] kalahkan Jimmy Briand and Karim Benzema. Nasri dapat undian Marseille's player of the year by the fans, dengan 62% of the votes.pergh!n masa nie org dah panggil dia the "new zizou".

Masuk season 2008/2009 Arsenal telah kalahkan bidaan real madrid n inter milan untuk dapatkan Nasri dengan jumlah perpindahan 12.5M pound....dah rezeki dia kat arsenal....then first match dia untuk arsenal ialah melawan west brom...masa 16 ogos 2008...

Samir Nasri bnyak buat goal dan banyak assist gol...ramai arsenal fans yg nak dia kekal dengan arsenal...Nasri kerap baca doa sebelum dia main dan jadi contoh muslim player kat Bpl UNTUK terus sumbat gol....


Saturday, September 25, 2010

Muslim Players in BPL:NICOLAS ANELKA


Ramai yg mesti kenal dgan mamat nie kan......Nama sebenar dia Nicolas Sebastien Anelka dan seorang pemain bola sepak muslim yg professional....main untuk france dia score banyak gak gol tapi kena gantung 18 perlawanan lepas buat hal masa world cup aritu....dia start main bola kat liga bola sepak professional nie dengan kelab Paris Saint-Germain..masa umur 16 tahun....perghh...gempaq siot....masa Anelka umur 17 tahun...Arsenal beli dia dengan harga yang sangatttttt rendah just 500k pound.....then arsenal dengan bijaknya jual mamat nie dgan harga 22.3M pound dekat real madrid........keuntungan yg arsenal dapat dari mamat nie...sangat besar!!!x hairanlah kalau kita tengok arsenal nie jarang ada masalah kewangan.......

Anelka jugak pernah main loan untuk liverpool...manchester city,fenerbahce,bolton wonderes and last sekali main untuk chelsea......dia juga salah sorang daripada 3 player epl yg pernah menang epl dari 2 pasukan yg berbeza....kira gempak gak la.....masa season 2008/2009..Anelka paling happy kot...dia dapat kalahkan ronaldo....untuk rebut golden boot epl...memang patut pon dia menang time tu.....

Sekarang nie Anelka tengah main untuk chelsea n jadi tunjang paling kuat kat bahagian serangan....nama islam untuk anelka ialah abdul salam bilal...apa2 pun...muslim players pon boleh jadi the best kat mana2 liga pon....adios...

Saturday, May 15, 2010

Tony Fernandes bukan satu lagenda!!!


Yo,sapa yg tak kenal dengan uncle malaysian yg satu nie....sebenarnya orang malaysia yg berkualiti seperti Tony Fernandes nie lah yg banyak mengharumkan nama malaysia sehingga dihormati mana2 negara.....Memanglah mamat nie tak sefemes lee chong wei,tapi hasil kerja yg dia buat telah jadikan malaysia memulakn revolusi tambang murah dalam penerbangan serantau ataupon antarabangsa.

aha...Tony Fernandes sebenarnya anak bangsa goa yg berdarah portugis melaka!kira ada kaitan sikitlah dgan melaka....fernades lahir kat KL dan lahir pada tahun 1964.mamat nie adalah pengasas Tune Air Sdn Bhd.pehh...gempaq tu!

Fernandes nie graduan dari London School of Economics dan telah Jadi pengarah urusan banyak syarikat yg hebat2!Fernandes meninggalkan syarikatnya bg mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. aha...cun...Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.apa dah....

Sumbangannya kat Malaysia memang tak terkira.... melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas setiausaha agung Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. bukan senang beb..

Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit.pehh.....tak sanggup aku....

Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.banyak tu.....!Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja di perindustrian penerbangan.

Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat. Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia.

Ferdandes kira bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk Malaysia yang pernah menaikki kapal terbang.Ya Allah...sikitnya...

Pencapaian Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum dia memasuki perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, dia mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.Cayala...


So,bukan senang sebenarnya nak bina satu empayar perniagaan.keberanian fernandes untuk ambil risiko kenalah dicontohi korang semua...barulah malaysia jadi negara yg Macho...

Thursday, May 13, 2010

Lotus Racing yang diharap!



yo!.pehh..aha...now cerita pasal lotus racing plak.....
Untuk pengetahuan korang lotus racing nie kira bernasib baik untuk join F1 season 2010 sebab masa nie BMW team racing decide tak nak join dah F1.....so,ada kuota di situ....

Lotus Racing F1 nie dikendali jugak oleh syarikat Malaysia yg gempak2 macam Proton (pemilik Lotus Cars), Sepang International Circuit (SIC), Tune Group, Naza Motors, Motorsports Association of Malaysia dan Automobile Association of Malaysia...
pehh....hebat tu...tapi pengendali utama dia mestilah syarikat 1Malaysia F1 Team Sdn. Bhd.kerajaan pon turut terlibat dalam projek nie...xper ah duit rakyat habis kat sini....kira ok la tu..

then sebenarnya orang yg paling banyak jasa kat kereta nie mestilah Tony Fernandes....mamat nie antara orang penting masa projek nie di peringkat awal....kira dia nie main banyak peranan tu...

masa 14 November, Fernandes mula cakap dekat press that the team had signed their first driver,Ouhh....driver kalau x power mesti tak jadi gak..kan...Tapi dia x bagitahu masa nie,sebulan pastu baru mamat nie bagitahu sapa yg boleh drive keta f1 nie. Former ToyotaJarno Trulli and McLaren's Heikki Kovalainen.
dinamakan sebagai pemandu utama then
Malaysian driver Fairuz Fauzy plak jadi team's test ngan reserve driver.

ok la tu...at least ada gak nama Malaysia kat litar2 luar negara....apa2 pon,kalau takder sokongan semua benda nie memang hampehla.....so apa lagi supportla!!!
driver

Tuesday, May 11, 2010

Taylor swift yg hott!!!!!!


yo!jumpa lagi...aha...topik dia senang jer...taylor swift...seindah nama secantik rupa.....let we talk about her.....

Sapa yg tak kenal dengan awek aku nie kan,minah nie release debut single dia masa tahun 2006 dengan album pertama dia"Tim McGraw"..auww..!then masa tahun 2008 plak taylor swift release second album dia Fearless.....masa nie suara dia pehh....cair wa cakap lu.....jualan album dia jer masa nie dah cecah 2.1 hingga 1.5 juta...memang mantap habislah minah nie.!Taylor swift gak was named Artist of the Year by Billboard Magazine in 2009.
sebab tu ramai yg minat kat dia nie.

Awek yang berasal daripada Wyomissing, Pennsylvania, United States nie nyanyi 2 genre lagu utama jer iaitu pop dgn country.Pada tahun 2008,swift jalinkan hubungan dgn penyanyi Joe jonas dan break hujung november tahun yg sama.fuh!!lega....swift jugak indicated that her heartbreak song "Forever & Always" on her album Fearless was inspired by Jonas.....okla tu...pasni aku harap dia wat lagu untuk aku plak...ok,adios!

Thursday, May 6, 2010

Jose Mourinho


Yo! kali nie aku nak cakap pulak pasal the best team manager in football! pehh..sapa lagi kalau bukan JOSE MOURINHO....

meh aku cerita sikit sapa mamat nie.....

Nama sebenar dia José Mário dos Santos Félix Mourinh0.Sekarang nie dia jadi manager untuk kelab inter milan.banyak gak ah dia ubah kelab inter milan tu...contohnya macam jadi juara liga 2 kali berturut-turut then yg paling mantap dia dapat bawak inter milan pergi final champions league.

Setakat nie dia dah latih hampir 8 kelab dan dalam tempoh tu dia dah menang banyak kejuaraan.pehh..gempak siot...antara kelab yg pernah ambik mamat ni jadi coach ialah....
990-1991 Estrela Amadora (assistant)
1993-1994 Porto (assistant)
1996–2000 Barcelona (assistant)
2000 Benfica
2001–2002 União de Leiria
2002–2004 Porto
2004–2007 Chelsea
2008– Internazionale

hebat tak?dia pernah cakap lepas nie dia nak menang liga sepanyol dan jadi coach untuk negaranya,portugal....tapi....agak2 dia nie terlalu bertuah ke ha?lorh....lantak ah...
then kita tengok plak pencapaian dia setakat nie....

Managerial honours

Portugal Porto (2002-2004)


England Chelsea (2004-2007)


Italy Internazionale (2008-)

[edit] Individual honours

  • IFFHS World Manager of the Year (2): 2004, 2005

Gempakkan.......dalam tempoh yg singkat jer dia dapat semua tu.........pehh...!!!!
setakat nie dia manager paling berlagak pernah aku tengok,dan dia memang boleh berlagak pon.......ohoi.....great team is constructed by manager......hebat dowh.....

Laila's Lounge The best


Yo! mawar khayalan...cayalah.......then nie lirik terbaik daripada band Laila's Lounge.

Kumpulan Laila's Lounge nie sebuah kumpulan muzik indie yang diasaskan di Johor Bahru, Malaysia. Asalnya ditubuhkan oleh Hadi, Bai, dan Icham dan kemudiannya disertai oleh Bulat, Sham Daging, David, dan Ajeep.[1]

Nama Laila's Lounge naik bila lagu "Mawar Khayalan" ada dalam album KAMI Vol. II yang jadi lagu tema filem KAMI The Movie.




Laila's Lounge~

~MAWAR KHAYALAN ~
Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya

Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa

Seluas laut yang terbentang
Dan buihnya terapung di awangan
Derita, derita yang mencengkam
Cuba untuk aku bertahan
Dimana oh wajah yang berkeliaran
Sungguh kudamba kehadirannya

Oh mawar khyalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa
Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya
Modenisasi hanya...

Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia oh wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya

Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa

Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya
Modenisasi hanya
Untuk haiwan di rimba
Globalisasi cuma
Jadi tuan si hamba
Ooo monarki untuk apa
Badut-badut istana
Lalalala

Oh mawar khayalan.....

dengar 10 kali pon tak jemu la syial.....