salam..

Powered By Blogger

Forever United!!

Forever United!!

Tun Mahathir.

Hujan-kotak hati..

Saturday, May 15, 2010

Tony Fernandes bukan satu lagenda!!!


Yo,sapa yg tak kenal dengan uncle malaysian yg satu nie....sebenarnya orang malaysia yg berkualiti seperti Tony Fernandes nie lah yg banyak mengharumkan nama malaysia sehingga dihormati mana2 negara.....Memanglah mamat nie tak sefemes lee chong wei,tapi hasil kerja yg dia buat telah jadikan malaysia memulakn revolusi tambang murah dalam penerbangan serantau ataupon antarabangsa.

aha...Tony Fernandes sebenarnya anak bangsa goa yg berdarah portugis melaka!kira ada kaitan sikitlah dgan melaka....fernades lahir kat KL dan lahir pada tahun 1964.mamat nie adalah pengasas Tune Air Sdn Bhd.pehh...gempaq tu!

Fernandes nie graduan dari London School of Economics dan telah Jadi pengarah urusan banyak syarikat yg hebat2!Fernandes meninggalkan syarikatnya bg mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. aha...cun...Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.apa dah....

Sumbangannya kat Malaysia memang tak terkira.... melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas setiausaha agung Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. bukan senang beb..

Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit.pehh.....tak sanggup aku....

Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.banyak tu.....!Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja di perindustrian penerbangan.

Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat. Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia.

Ferdandes kira bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk Malaysia yang pernah menaikki kapal terbang.Ya Allah...sikitnya...

Pencapaian Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum dia memasuki perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, dia mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.Cayala...


So,bukan senang sebenarnya nak bina satu empayar perniagaan.keberanian fernandes untuk ambil risiko kenalah dicontohi korang semua...barulah malaysia jadi negara yg Macho...

No comments:

Post a Comment